DOA IBU LEBIH MULIA DARI ULAMA BESAR SEKALIPUN

INFOSATU – Pada Kempatan Baik ini admin berbagi tentang DOA IBU LEBIH MULIA DARI ULAMA BESAR SEKALIPUN simak berikut ini :

Di Hadromaut (Yaman), Setiap orang yang datang menghadap Habib Salim atau Habaib Sepuh yang Alim di Tarim untuk minta di doakan, selalu mendapat pertanyaan yang sama :

“Apakah kamu masih memiliki permata (Ibu) di rumahmu ?”

Jika jawabannya, masih. Maka beliau dengan halus mengatakan :

“Tahukah kamu, bahawa doa ibu untukmu, lebih mulia dan Makbul dari pada Doa seorang Wali Besar sekalipun ?”

Ketika Habib Umar Bin Hafidz dan abangnya Habib Ali Masyhur Bin Hafidz masih bayi dan sering menangis,
Ibunda mereka Hubabah Zahra, akan memeluk dan membelai anak anaknya sambil mengusap kepala mereka.

Kepada Habib Ali Masyhur, beliau sering
berbisik “Mufti, Mufti” dan sekarang Habib Ali Masyhur telah menjadi Mufti Yaman.

Kepada Habib Umar sang ibu selalu berdoa
“Da’i, Da’i”. Dan kini Habib Umar telah menjelma menjadi Da’i Islam terkenal di zaman ini.

Rasulullah ﷺ bersabda :
“Orang tua adalah pintu surga yang paling tengah, maka jangan sia-siakan pintu itu atau jagalah ia.”
Hadis Riwayat : Tirmizi

Sahabat2ku..
Ibu adalah pintu Syurga bagi anak2-nya dan Ayah adalah jambatan menuju kepadanya.

Air susu Ibu yang kita minum adalah saripati makanan hasil jerih payah, keringat Ayah yang mencari nafkah untuk keluarga.

Kerana itu Muliakan Mereka.
Mahu keluar rumah ?. Jangan lupa cium tangan Ibu dan Ayah.
Ingatlah ketika kita masih kecil, kita selalu dipeluk dan diciumnya.

Bila kita sudah bekerja/ berkeluarga atau tidak tinggal serumah, sering2lah mengunjunginya.

Jika tidak juga berkesempatan untuk menziarahinya, Taliponlah ., (jangan WhatApp) agar beliau boleh mendengar suara dan membayangkan kita berada bersamanya. Beliau akan senang dan redho atas seluruh jerih payah dan setiap titisan susu yang telah menjadi darah daging kita.

Setidaknya, memberikan perhatian kepada nya di Masa Tuanya…

Semoga ALLAH Ta’ala Meredhoi dan selalu memberikan Rahmat dan barokah kepada kedua orang tua dan keluarga kita tercinta.

آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Semoga bermanfaat.. dan jangan lupa membagikannya dengan menekan tobol media sosial dibawah ini

 

DOA IBU LEBIH MULIA DARI ULAMA BESAR SEKALIPUN | admin | 4.5